fbpx
Ban krim berperisa tembikai susu ditarik balik selepas pelanggan mengadu terdapat bau busuk. - Getty Images 

Roti ban popular bau najis manusia rupanya berperisa durian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Sejumlah roti ban krim popular dijual di kedai serbaneka di Korea Selatan ditarik balik selepas pelanggan mengadu bau busuk pada snek tersebut, lapor akhbar The Independent. 

Penarikan semula dilakukan selepas pelanggan membuat aduan di media sosial, dengan ada menyifatkan bau ban tersebut menyamai najis manusia.

“Kucing suka makan roti ban tetapi kali ini kucing saya  melakukan aksi menanam najis dengan kakinya,” kata seorang netizen. 

“Ia berbau seperti najis manusia atau bahan kimia? Walaupun ban ini sudah ditutup, baunya masih melekat di dalam bilik,” kata pengguna media sosial lain. 

Meskipun kebanyakan pelanggan menganggap ban itu basi, mereka terkejut apabila bau busuk tersebut berpunca daripada salah perisa. 

Pembekal pati bagi perisa krim tersilap melabelkan pati durian sebagai tembikai susu (melon) yang kemudian digunakan di dalam roti itu. 

“Bahan perisa melon yang dibekalkan kepada syarikat kami sebenarnya adalah perisa durian. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesilapan pelabelan oleh pengeluar perisa,” kata syarikat itu sambil memohon maaf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN