fbpx
Pemandangan langit di bandar Heraklion bertukar menjadi warna jingga susulan pergerakan debu dari Afrika. - EPA

Langit Greece berwarna jingga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS –  Langit berwarna jingga yang terbentuk akibat debu dari Gurun Sahara menyelubungi beberapa kawasan di Greece, terutamanya sebuah pusat percutian utama, lapor akhbar The Sun UK. 

Cuaca pelik berpunca daripada pergerakan debu dari Benua Afrika itu menyebabkan beberapa penerbangan dibatalkan dengan puting beliung tercetus beberapa hari sebelum sambutan Hari Easter di Barat. 

Ia mengakibatkan debu terkumpul di atmosfera, khususnya Pulau Crete. 

Tiga penerbangan antarabangsa yang dijadualkan mendarat di pulau itu dilencongkan ke lapangan terbang lain iaitu Athens, Corfu dan Chania. 

Ruang udara di seluruh Crete terus terganggu akibat debu tebal yang masih menyelubungi pulau tersebut pada minggu ini. 

Perkhidmatan meteorologi Greeze berkata, cuaca bertambah buruk akibat ribut Erminio yang meningkatkan lagi pengumpulan debu. 

“Paras debu didapati melonjak melepasi 1,000 mikrogram untuk 1 meter padu, kepekatan yang sangat tinggi,” kata ahli meteorologi. 

Kualiti udara diklasifikasikan sebagai ‘sangat teruk’ oleh stesen pemantauan serantau, menandakan pencemaran udara jauh melebihi paras selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN