fbpx

Nyawa pengunjung perlu jadi keutamaan pusat pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian jambatan gantung di Lata Keding, Jeli yang runtuh sehingga menyebabkan 10 orang pengunjung cedera pada minggu lalu.

KOTA BHARU – Pengusaha pusat pelancongan disarankan agar sentiasa memantau dan menjaga keselamatan kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini sehingga mencederakan pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, pemantauan di kawasan kemudahan itu perlu dijalankan setiap waktu agar ia dapat menjamin keselamatan pengunjung ketika melakukan riadah di kawasan berkenaan.

Katanya, sehubungan dengan itu, apabila kawasan atau kemudahan di pusat pelancongan itu sedang dinaik taraf, ia perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengunjung.

“Sekiranya kawasan itu tidak selamat, maklumkan kepada pengunjung. Papan tanda amaran perlu diletakkan selain perlu dipantau oleh petugas atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pengusaha pusat pelancongan perlu mengutamakan keselamatan nyawa pengunjung terutamanya aspek kemudahan jambatan gantung, aktiviti flying fox dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasport Muzium di Gelanggang Seni di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian jambatan gantung di Lata Keding, Jeli yang runtuh pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, dianggarkan seramai 10 orang pengunjung cedera apabila jambatan gantung itu secara tiba-tiba runtuh menyembah bumi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI