fbpx
MANGSA terjun ke dalam kolam ketika bersiaran langsung. - Lambe Turah

Lelaki tenggelam terjun kolam ketika ‘live’ di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki maut akibat lemas di sebuah kolam takungan air ketika melakukan penstriman secara langsung di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Solok Selatan, wilayah Sumatera Barat Jumaat lalu.

Insiden itu bermula apabila mangsa, Ahmad Frenzi, 24, melakukan siaran langsung di TikTok.

Ketika berinteraksi dengan penonton, salah seorang pengguna media sosial mencabar mangsa untuk terjun ke dalam kolam tersebut dengan menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 rupiah (RM24).

Mangsa dengan rakannya menyahut cabaran itu dan melompat ke dalam kolam sebelum dia lemas.

Rakannya berjaya menyelamatkan diri, namun kelibat mangsa tidak kelihatan.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudian menemukan mayatnya pada pukul 10.30 malam (waktu tempatan) hari yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN