JENAMA myFirst muncul dengan variasi gajet khusus buat kanak-kanak yang bukan sahaja untuk mengekspresikan kreativiti mereka tetapi menjadi medium komunikasi dengan ibu bapa. Menerusi pelancaran bertemakan Explore Together, myFirst memperkenalkan generasi baharu barisan peranti mesra kanak-kanak yang diterajui oleh myFirst Insta Lux.
Tidak seperti kamera cetak segera tradisional yang hanya menumpukan kepada proses mengambil gambar, myFirst Insta Lux direka berdasarkan cara kanak-kanak mencipta dan berkongsi kandungan pada masa kini.
Ia dilengkapi kamera depan dan belakang 5MP, paparan IPS 2.8 inci untuk pembingkaian gambar yang mudah, sambungan Wi-Fi serta keupayaan menerima gambar terpilih daripada telefon pintar ibu bapa melalui aplikasi myFirst Circle untuk dicetak secara terus.
Dengan menggunakan teknologi dye-sublimation, myFirst Insta Lux menghasilkan cetakan warna yang terang dan tahan lama, di samping menawarkan pelbagai bingkai dan penapis kreatif (bingkai gambar) yang menggalakkan penceritaan visual serta ekspresi diri.
Pengasas bersama myFirst, Brian Tan berkata, kanak-kanak memerlukan teknologi yang direka dengan niat dan tujuan yang jelas.
“Kami tidak percaya kanak-kanak perlu dijauhkan daripada teknologi, jadi kamera ini dilengkapi storan boleh dikembangkan sehingga 64GB bersama pengecasan USB-C serta reka bentuk ergonomik yang sesuai untuk tangan kecil kanak-kanak.

“Walaupun myFirst Insta Lux memberi tumpuan kepada kreativiti dunia nyata melalui cetakan foto berkualiti tinggi, ia turut dihubungkan dengan dunia digital secara bijak melalui aplikasi myFirst Circle.
“Ibu bapa boleh menghantar gambar terpilih dari telefon pintar mereka secara selamat terus ke kamera untuk dicetak, sekali gus menghubungkan detik digital dengan kenangan fizikal,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk myFirst baru-baru ini.
Aplikasi myFirst Circle pula merupakan platform digital membolehkan keluarga (ibu bapa dan anak-anak) kekal berhubung dalam persekitaran terkawal, selari dengan komitmen myFirst terhadap penggunaan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab.
Selain myFirst Insta Lux, myFirst turut memperkenalkan beberapa peranti baharu dan dipertingkatkan untuk menyokong komunikasi dan kreativiti secara praktikal iaitu myFirst Fone M1, myFirst Frame Clario, myFirst Sketch Board Pro, myFirst CareBuds Max serta myFirst 3dPen Make Creator Kit.
“MyFirst Fone M1 merupakan jam tangan telefon pintar sambungan 4G yang direka khas untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan penjejak sistem kedudukan global (GPS).
“Boleh membuat panggilan suara dan video serta kiriman mesej segera dalam rangkaian myFirst Circle yang menjadi platform selamat untuk berhubung dengan anak-anak dan memantau keadaan mereka,” katanya.
Sementara itu, myFirst Frame Clario pula merupakan bingkai keluarga pintar tujuh inci yang membolehkan perkongsian foto peribadi serta panggilan video sekali sentuh dalam ekosistem myFirst.
Selain memaparkan detik bermakna, myFirst Frame Clario turut dilengkapi latar bunyi ambien yang boleh disesuaikan untuk mewujudkan suasana tenang.

Seterusnya ialah myFirst Sketch Board Pro iaitu tablet lukisan digital ringan yang direka untuk menukar masa skrin kepada aktiviti kreatif lebih fokus.
Dengan permukaan tulisan responsif dan kawalan intuitif, ia menggalakkan kanak-kanak melakar, berfikir secara kreatif dan mengekspresikan idea tanpa gangguan.
“Fon kepala tanpa wayar, myFirst CareBudx Max direka khusus untuk telinga kanak-kanak yang sedang membesar kerana dilengkapi fungsi had volum pintar antara 85 hingga 94dB serta reka bentuk ringan dan mesra kanak-kanak.
“Akhir sekali, MyFirst 3dPen Make Creator Kid untuk kanak-kanak menghasilkan lukisan 3D (dimensi) yang timbul, bukan sekadar melukis di atas kertas.
“Pen khas ini mengeluarkan plastik cair untuk membina objek menggunakan plastik jenis filamen PCL, tidak panas atau melecur jika terkena kulit.
“3dPen Make juga diperakui dengan Tanda Pematuhan Malaysia (MC) bagi keselamatan mainan, sekali gus menegaskan komitmen myFirst terhadap standard keselamatan produk di Malaysia,” ujarnya.
Kesemua produk boleh didapati terus di cawangan Popular Bookstore, Urban Republic, All IT dan TMT atau dalam talian, myFirst Malaysia Official Store.
Produk dijual pada harga RM799 bagi myFirst Insta Lux, RM399 (myFirst Fone M1), RM499 (myFirst Frame Clario), RM199 (myFirst Sketch Board Pro), RM169 (myFirst CareBuds Max) dan RM299 (myFirst 3dPen Make Creator Kid).














