fbpx
MAGALHAES dan Saliba meresahkan Arteta ketika kedua-dua mereka merupakan pemain tonggak di benteng pasukan itu. - AFP

EPL: Arteta resah 10 pemain cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui aksi antarabangsa kali ini meletakkannya dalam tekanan dan kebimbangan luar biasa ketika melihat para pemainnya beraksi dengan pasukan negara masing-masing.

Beliau dimaklumkan oleh pasukan perubatan kelab bahawa sekurang-kurangnya 10 pemain The Gunners terpaksa diketepikan untuk aksi seterusnya bersama pasukan kebangsaan masing-masing selain Martin Odegaard yang sedang menerima rawatan.

Terbaharu, dua pemainnya, Piero Hincapie dan Martin Zubimendi terpaksa diketepikan oleh Ecuador dan Sepanyol menyebabkan mereka terpaksa kembali ke London untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Sebelum ini skuad England menghantar pulang tiga pemain Arsenal, Bukayo Saka, Declan Rice dan Noni Madueke selepas mereka disisihkan daripada skuad ketika berdepan Uruguay pada Sabtu lalu ekoran kecederaan.

Lebih merunsingkan Arteta, dua tonggak utamanya di bahagian pertahanan, Gabriel Magalhaes dan William Saliba turut diketepikan oleh pasukan Brazil dan Perancis apabila mereka disahkan tidak cergas untuk beraksi.

Arteta juga turut berdepan kemungkinan bakal kehilangan khidmat Eberechi Eze, Leandro Trossard dan Jurrien Timber yang turut berdepan isu sama ketika Arsenal memerlukan pecutan terakhir untuk melunaskan impian memburu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Gunners ketika ini memiliki kelebihan sembilan mata di puncak liga selain mara ke suku akhir Liga Juara-Juara serta Piala FA dan memerlukan skuad terbaik untuk mengharungi kesemua perlawanan getir demi memburu trofi selepas terlepas kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) apabila kecundang di tangan Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN