fbpx
ISMAIL (kanan) menunjukkan gambar Pulau Batu Layang di Kuala Perlsi yang menjadi lokasi sejumlah ganja mampat ditinggalkan sindiket di dalam dua kotak.

Sorok dadah dalam timbunan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Taktik licik sindiket dadah cuba meletakkan bungkusan bahan terlarang itu bersama sampah dan bergerak dalam gelap menggunakan laluan laut dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis melibatkan rampasan kanabis bernilai RM188,007.20 baru-baru ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, tiga operasi melibatkan rampasan berjumlah 61.8 kilogram (kg) ganja itu dibuat di kawasan sempadan darat dan perairan negeri ini.

“Dalam kes pertama, anggota penguat kuasa menyerbu pintu sempadan di Padang Besar pada pukul 10 malam, 3 Mac lalu dan menjumpai sembilan ketulan mampat kanabis seberat 10.8kg bernilai RM33,517.20.

“Dadah yang diletakkan bersama timbunan sampah bagi mengelirukan pihak berkuasa itu dikesan unit anjing pengesan,” katanya.

Dalam kes kedua, pasukan operasi mengesan dua lelaki kira-kira pukul 1.30 pagi, 5 Mac lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan antarabangsa. Suspek yang terserempak dengan pasukan operasi bertindak melarikan diri ke arah Thailand sebelum mencampakkan bungkusan ke dalam laut.

“Namun sebahagian ketulan ganja mampat rosak kerana kotaknya basah. Pemeriksaan menemukan 20.20kg kanabis bernilai RM62,000. Kes ketiga melibatkan rampasan 30.83kg kanabis yang dijumpai berdekatan kawasan ponton rosak di Pulau Batu Layang pukul 10.30 malam hari sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN