PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Pahang (Bentong), Selangor (Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).
“Bagi Sarawak pula, kawasan yang terjejas adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong) dan Mukah (Daro),” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














