fbpx
Gambar yang dikongsi Zulkifli di laman Facebooknya.

Persiapan haji berjalan lancar, lebih tersusun dan bersistematik – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan memuji pesiapan yang telah dilakukan Tabung Haji bagi musim haji kali ini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Zulkifli yang kini berada di Mekah berkata, persiapan untuk musim haji tahun ini lebih tersusun, teliti dan bersistematik.

“Sememangnya pengurusan haji Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Tabung Haji telah memenangi Anugerah Tertinggi Labbaitum Diamond Award bagi pengurusan jemaah haji terbaik dunia.

“Tapi yang menariknya, walaupun sudah berada dalam kelas tersendiri, Tabung Haji tetap menambahbaik perkhidmatan mereka.
Dari segi kemudahan, bimbingan, sampai ke keselesaan jemaah, semua makin cemerlang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Zulkifli menambah, antara penambahbaikan terbaharu adalah kemudahan tandas dan bilik air di Arafah sudah ditingkatkan lebih lima kali ganda.

“Siapa pernah pergi haji, pasti faham betapa besarnya impak dan manfaat perkara ini.

“Lebih menarik bila Tabung Haji mula bawa inisiatif ‘Green Hajj’ bagi menjaga kelestarian alam sekitar sambil urus ibadah, memang cara berfikir aras lain. Insya-Allah, inisiatif ini akan bermula untuk musim haji tahun ni.

“Ini bukan sekadar pengurusan, tapi khidmat untuk tetamu Allah!,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua warga Tabung Haji yang bekerja keras di belakang tabir.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, dilindungi dan diberkati Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Malaysia terus mendunia!,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN