fbpx
GAMBAR HIASAN

Presma dipanggil beri penjelasan kenaikan kos operasi – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil pihak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berhubung dakwaan kenaikan kos operasi sehingga 10 hingga 30 peratus.

Timbalan Menterinya, Datuk Fuziah Salleh berkata, proses tersebut akan dikendalikan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam masa terdekat.

Jelas beliau, langkah berkenaan adalah untuk mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan tersebut.

“KPDN komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mencari penyelesaian yang bersifat menang-menang, termasuk meneliti faktor rantaian bekalan, kos input dan tekanan global yang memberi kesan kepada pengusaha.

“Namun begitu, kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat unsur
pencatutan atau kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Pendekatan kerajaan adalah jelas, di mana kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak industri, namun pada masa yang sama tetap komited melindungi kepentingan pengguna secara tegas dan konsisten,”ujarnya.

Terdahulu, Presma memaklumkan bahawa pengusaha restoran menghadapi kenaikan kos operasi antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan ekonomi global.

Presidennya Mohamed Mosin Abdul Razak berkata kenaikan itu dipengaruhi oleh gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos logistik serta ketidaktentuan ekonomi antarabangsa.

Malah kata beliau, kenaikan kos bukan sahaja melibatkan bahan mentah seperti ayam dan sayur-sayuran, malah turut membabitkan kos pembungkusan, gas memasak serta utiliti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN