fbpx
YUSOF HAFIZI

Para trek negara sapu tiga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad berbasikal trek para negara meneruskan rentak cemerlang apabila meraih tiga pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Velodrom Tagaytay City, Filipina, hari ini.

Kejayaan tersebut diserlahkan oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin yang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai acara ujian masa 1 kilometer (km) lelaki C1 dengan catatan 1 minit 14.090 saat (s).

Yusof menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Seok Hojin yang meraih perak dengan catatan 1:18.468s, manakala gangsa menjadi milik wakil Arab Saudi, Abas Alhashim (1:20.021s).

Momentum kemenangan negara diteruskan dalam acara ujian masa 1km lelaki C5 apabila Zuhairie Ahmad Tarmizi muncul juara dengan catatan 1:05.992s, diikuti rakan senegara, Ahmad Zharif Ahmad Nazri yang meraih perak.

Sementara itu, gandingan Nur Suraiya Muhamad Zamri bersama jurumudi Farina Shawati Mohd Adnan turut menyumbang emas dalam acara ujian masa 1km wanita B selepas mencatat masa 1:11.291s.

Pasangan negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal pula meraih perak, manakala wakil Kazakhstan melengkapkan podium dengan gangsa.

Dalam acara sama kategori lelaki, dua wakil Malaysia iaitu Mohd Khairul Hazwan Wahab-Muhammad Khairul Adha Rasol dan Ahmad Ahlami Mohamad-Ahmad Safwan Ahmad Nazeri masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga.

Kejohanan ACC 2026 yang berlangsung sejak Rabu lalu itu akan melabuhkan tirainya pada 31 Mac ini, dengan skuad negara dilihat berada di landasan tepat untuk terus menambah kutipan pingat. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN