fbpx
GYOKERES (kanan) membuktikan ketajamannya dengan meledak tiga gol menewaskan Ukraine awal pagi semalam. - AFP

Hatrik bintang Arsenal julang Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Penyerang sensasi Arsenal, Viktor Gyokeres muncul wira Sweden apabila meledak hatrik membantu pasukan menewaskan Ukraine 3-1 dalam aksi separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia 2026 di Estadio Ciudad de Valencia awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Gyokeres mempamerkan kelas tersendiri untuk mencerahkan peluang beraksi ke kejohanan berprestij itu apabila bakal merebut tiket terakhir menentang Poland di pentas final minggu depan.

Kemenangan tersebut turut menjadi titik kebangkitan buat skuad kendalian Graham Potter itu selepas melalui kempen kelayakan yang agak mengecewakan sebelum ini.

Kata Gyokeres, semangat luar biasa pasukan mempamerkan aksi penuh bertenaga sepanjang perlawanan wajar dipuji dalam misi mereka layak ke saingan Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 2018.

“Sebagai pemain, semua mengimpikan peluang untuk ke Piala Dunia. Prestasi pasukan kali ini sangat bagus, tetapi kita masih belum layak dan momentum yang sama perlu diteruskan bagi perlawanan menentang Poland nanti,” katanya.

Sementara itu, Potter turut memuji aksi cemerlang pemain berusia 28 tahun itu sambil menyifatkan kemenangan tersebut sebagai langkah besar buat pasukannya selepas dikritik hebat sebelum ini.

“Keputusan ini sebagai petanda bahawa pasukan sudah sedia untuk maju ke hadapan. Barisan pemain berjuang dengan baik dan prestasi Viktor sangat luar biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN