fbpx
Calon tersebut gagal ujian teori berkomputer sebanyak 139 kali. - Oddity Central

Gagal 138 kali baru lulus ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WARSAW – Seorang lelaki di Tarnow, Poland menjadi perhatian orang ramai kerana lulus ujian teori memandu selepas mencuba sebanyak  139 kali, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pusat Trafik Jalan Raya Małopolska di bandar Tarnow mengumumkan lelaki itu cuba mengambil ujian memandu  sejak 2017 dan membelanjakan €1,800 (RM8,200) untuk yuran peperiksaan.

“Dia  tidak berputus asa mengambil peperiksaan. Ia menunjukkan lesen memandu sangat penting kepadanya,” kata Pengarah Pusat Ujian Tarnow, Pawel Gurgul sambil menambah, individu berkenaan sedang menunggu ujian praktikal.

Menurut Gurgul, selepas berpuluh-puluh kali gagal, dia menggunakan versi demo ujian yang disediakan untuk peperiksaan. Ia bagaimanapun  tidak merangkumi semua soalan ramalan.

“Selepas  mula menggunakan versi penuh program itu, dia semakin hampir mendapat keputusan positif, sehingga akhirnya lulus,” tambah Gurgul. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN