fbpx
AFIQ (kanan) mengingatkan rakan sepasukan agar tidak selesa dengan pencapaian semasa ketika ini.

JDT mahukan gelaran ke-13 Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIKAP mudah berasa selesa dengan pencapaian semasa tidak pernah wujud dalam diri setiap pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke 12 berturut-turut baru-baru ini.

Walaupun merekodkan pencapaian dan sejarah luar biasa dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), motivasi dan kemahuan seluruh anggota pasukan kekal memuncak termasuk memburu kejuaraan buat kali ke 13 musim depan.

Pemain tengah Harimau Selatan, Afiq Fazail mengakui gembira dengan kejayaan bergelar juara buut kali ke-12, namun ia bukan penamat buat JDT.

“Syukur Alhamdulillah atas kejayaan juara untuk kali ke-12 berturut-turut. Pastinya ia satu kepuasan dan kegembiraan buat kami.

“Kami akan teruskan untuk kemenangan kali ke-13 dan seterusnya. Terima kasih kepada semua penyokong yang kekal memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Kejayaan mengesahkan kejuaraan Liga Super kali ke-12 berturut-turut musim ini meletakkan JDT di landasan tepat untuk memecahkan rekod dunia sebagai pasukan yang meraih kejuaraan berturut-turut paling banyak.

JDT hanya dipisahkan oleh PFC Ludogorets dari Bulgaria yang masih lagi aktif bergelar juara liga sebanyak 14 kali manakala rekod sepanjang zaman milik kelab Vanuatu, Tafea FC (15 kali).

Pencapaian itu juga menyaksikan Harimau Selatan kini sudah pun mengatasi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang pernah merekodkan 11 kejuaraan berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN