fbpx
KUMPULAN BTS bergambar di Dataran Gwanghwamun, Seoul pada 21 Mac lalu. – AFP

Lebih 18 juta orang tonton konsert BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Konsert kemunculan semula oleh bintang mega K-pop,  BTS menarik kira-kira 18.4 juta penonton di seluruh dunia, kata gergasi penstriman Netflix hari ini.

Kumpulan tujuh anggota itu naik ke pentas bersama-sama buat kali pertama  hujung minggu lalu selepas tempoh berehat bertahun-tahun yang disebabkan perkhidmatan kerahan tenaga  wajib, dan sehari selepas melancarkan album terbaharu mereka, ARIRANG.

Konsert kemunculan semula itu diadakan dengan latar belakang Istana Gyeongbokgung,  sesuai untuk  ‘raja-raja K-pop.’.

Netflix berkata,  penstriman langsung konsert pada Sabtu lepas itu ‘menarik 18.4 juta penonton global’  sekali gus membuktikan pengaruh kumpulan itu semakin kuat semasa mereka berpisah.

Siaran langsung dari Dataran Gwanghwamun di Seoul itu berada dalam senarai 10 teratas  mingguan Netflix di 80 negara dan menduduki tempat pertama di 24 negara, katanya.

Konsert  itu menandakan acara langsung pertama Netflix di Korea Selatan, serta contoh pertama penstriman langsung persembahan muzik pada skala global.

Ia menarik kehadiran lebih 100,000 peminat di pusat bandar Seoul. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN