fbpx
Tangkap layar memaparkan keadaan lengan yang bengkak gara-gara terkena sampah yang dibuang pemandu lain.

Lengan bengkak kena sampah ‘terbang’ dari tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu membuang sampah dari tingkap kereta mengundang padah apabila terkena pengguna jalan raya lain hingga menyebabkan kecederaan.

Menurut perkongsian pengguna Threads, Yaya Azni, kejadian berlaku ketika dia sedang berada di lebuh raya sebelum objek dipercayai sampah yang dibuang dari kenderaan lain mengenai lengannya.

Katanya, akibat insiden tersebut dia mengalami bengkak pada bahagian lengan.

“Kepada pemandu yang buang sampah dari tingkap, terima kasihlah ya. Orang tengah ‘speed’ atas highway, kau buang sampai kena lengan aku sampai bengkak,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati hantaran itu turut mengundang reaksi orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan berkenaan kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Aku pernah kena puntung rokok dibuang dari kereta terkena baju sweater, berlubang mat. Aku kejar kereta tu, bukan nak minta maaf, dimarah pulak macam nak himput aku lepas tu terus tekan minyak larikan diri,” kata MuayFive.

“Allahu, apa dibuang orang tu sampai teruk macam ni? Kesiannya, semoga cepat sembuh awak,” kata Najwie.

“Ya Allah, kesiannya awak. Jahat dan pengotorlah manusia tu. Jangan lupa pegi jumpa doktor,” pesan Ahnaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN