fbpx
Tangkap layar insiden sebuah Perodua Kancil merempuh khemah jamuan penduduk di Padang Serai, Kedah semalam.

[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial aksi sebuah Perodua Kancil dikejar kenderaan peronda polis dalam kejadian dipercayai berlaku di Padang Serai, Kedah, semalam.

Menerusi perkongsian video di media sosial, kereta berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan perumahan di lokasi terbabit.

Kenderaan itu kemudian dilihat merempuh barangan di bawah sebuah khemah jamuan penduduk, namun tidak dapat dipastikan sama ada membabitkan kecederaan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI