fbpx
Rashid Redza meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat sakit di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek kira-kira pukul 4 pagi tadi. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Mantan Mufti Melaka Datuk Rashid Redza meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md. Salleh meninggal dunia di kediamannya di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek di sini kira-kira pukul 4 pagi tadi selepas dua bulan mengalami keuzuran.

Berita duka pemergian tokoh agama berusia 76 tahun itu dikongsikan oleh anak kedua arwah, Ahmad Fathi Rashid Redza, 39, yang memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

“Jenazah dijangka dikebumikan sebelum solat Zohor di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Ayer Molek selepas disolatkan di Masjid Al Khairiyah Ayer Molek,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, Allahyarham memulakan perkhidmatan di Jabatan Agama Islam Melaka sejak tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Mufti Negeri Melaka selama 15 tahun dan dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka pada 2011.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Wira Zoriah Mohamad, 68, serta lima orang anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI