WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengarahkan tentera Amerika Syarikat(AS) untuk menangguhkan serangan terhadap loji kuasa dan infrastruktur tenaga Iran selama lima hari, lapor saluran berita Al Jazeera hari ini
Keputusan dibuat selepas ‘perbincangan yang baik dan produktif’ dengan Tehran.
“Saya dengan sukacita melaporkan bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah mengadakan perbincangan yang sangat baik dan produktif sepanjang dua hari lalu mengenai penyelesaian lengkap dan menyeluruh terhadap permusuhan kami di Asia Barat,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Perang untuk menangguhkan sebarang dan semua serangan ketenteraan terhadap loji kuasa dan infrastruktur tenaga Iran untuk tempoh lima hari, tertakluk kepada kejayaan mesyuarat dan perbincangan yang sedang berlangsung,” tambahnya.
Wartawan Al Jazeera, Mohamed Vall melaporkan bahawa Iran berkemungkinan besar akan bertolak ansur meskipun setelah mengharungi peperangan selama tiga minggu.
“Kemungkinan untuk mereka menolak tawaran daripada Trump ini adalah tipis,” katanya ketika melaporkan dari Tehran. – AGENSI














