fbpx
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa kemalangan itu di Jalan Suara, Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor.

Pemandu lori maut terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya itu terbabas ke dalam parit di simpang Jalan Suara, Kampung Tambak Jawa di sini, pagi tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan lelaki tempatan berusia 30-an tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Zon 7 Sabak Bernam Bomba Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.32 pagi.

“Berdasarkan laporan awal, lori tiga tan itu dipercayai terbabas dan masuk ke dalam parit berdekatan lokasi kejadian.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI