fbpx
Tangkap layar gambar Dr. Mahathir menyambut Aidilfitri semalam.

Ramai gembira lihat Tun Dr. Mahathir sihat di hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa gembira apabila melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat semasa menyambut Aidilfitri.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok Chef Badrol Mohd Noor, Dr. Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kelihatan ceria memakai baju berwarna hijau sedondon.

“Syawal yang penuh keberkatan, diisi dengan kasih sayang dan keindahan silaturahim.

“Satu momen yang cukup berharga bersama insan
yang dihormati dan disayangi Tun Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah,” tulis kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri selain ada yang melahirkan perasaan lega apabila melihat keadaan Dr. Mahathir yang kembali sihat selepas dilaporkan terjatuh dan perlu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Januari lalu.

“Syukur Tun masih sihat dengan Tun Siti. Semoga Allah merahmati usia Tun berdua. Selamat Hari Raya maaf zahir batin,” kata Aajit.

“Chef, Tun dah boleh berjalan ke? Semoga cepat-cepat sembuh Tun. Sihat selalu Tun berdua,” kata Pasembor.

“Salam sayang dan salam Aidilfitri buat kedua Tun. Terima kasih Chef kongsi momen ini, kami lepas rindu pada Tun,” kata Mama D.

“Selamat Hari Raya Tun M dan Tun Hasmah. Semoga sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia selalu. Rindu Tun M,” kata Z’win.

Terdahulu, awal Februari lalu, Dr. Mahathir dilaporkan telah dibenarkan pulang dari IJN secara berperingkat setelah menerima rawatan selama beberapa minggu akibat terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN