JAKARTA – Pengguna lebuh raya di Lebak, wilayah Banten berdepan detik menyeramkan apabila palang plaza tol bergerak sendiri tanpa kenderaan yang melintas.
Kejadian berlaku di Gerbang Tol Cikulur malam tadi.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tkpmedan menunjukkan palang plaza tol itu turun dan naik sendiri ketika takbir raya berkumandang.
Situasi bertambah seram apabila ia terangkat dan jatuh beberapa kali, seolah-olah ada ‘makhluk halus’ sedang mengamuk.
Rakaman itu mencatatkan lebih 93,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sebilangan pengguna media sosial mendakwa kejadian itu berpunca daripada masalah sistem pembayaran tol.
“Setan baru dilepas selepas sebulan,” kata seorang netizen.
“Makhluk ghaib kembali ‘bertugas’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














