fbpx
Tangkap layar rakaman bunga api yang didakwa berharga sekitar RM8,000.

Bunga api RM8,000 – ‘Terima kasih bahagiakan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir pihak sanggup berbelanja besar membeli bunga api bagi memeriahkan suasana sambutan perayaan.

Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai berkongsi pelbagai rakaman pertunjukan bunga api berskala besar sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menerusi video tular di media sosial, seorang pengguna berkongsi rakaman letupan bunga api yang dipercayai dibeli oleh seorang peniaga yang dianggarkan bernilai sekitar RM8,000.
Bagaimanapun, katanya, video sebenarnya dirakam ketika sambutan Chap Goh Mei, namun hanya dimuat naik semula baru-baru ini.

“Ini masa Chap Goh Mei, bukan Melayu beli. Tauke Cina yang beli. Nak ‘upload’ hari tu tapi dah lepas pula, kita ‘upload’ malam raya bagi ‘hype’ balik,” katanya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa kagum melihat kemeriahan pertunjukan bunga api tersebut.

“Terima kasih berkorban duit dan kongsi untuk tontonan umum. Merasa lah juga dapat tengok bunga api mahal macam ini,” kata Najwa.

“Murah rezeki selalu tuan mercun ini. Membahagiakan orang sekeliling terutama yang tak mampu nak beli tu, banyak pahalanya,” ujar Tae.

“Lawa gila. Kita beli yang RM50 ada 49 das pun dah happy. Lepas ini kalau ada rezeki lebih nak beli yang mahal juga lah. Kena menabung dari sekarang,” kata Asyraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN