fbpx
Sultan Sharafuddin bersalaman dengan jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama 15,000 rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 15,000 rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebelum dan selepas selesai menunaikan solat, baginda turut berkenan bersalaman dengan jemaah yang hadir.
Sultan Sharafuddin kemudian menyertai majlis santapan dan jamuan di Dewan Syarahan dan Muzakarah masjid berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pekarangan masjid itu dipenuhi orang ramai sejak awal pagi dan solat sunat Aidilfitri diimamkan Imam Besar masjid itu, Datuk Muhammad Farhan Wijaya bermula pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, dalam khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Syawal Permulaan Baru’ yang dibacakan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir menyeru umat Islam mengagungkan Allah dengan penuh keimanan melalui lafaz takbir, tahmid dan rasa syukur.

“Umat Islam perlu mencontohi keteguhan iman Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dengan bersabar, bertawakal dan tidak gentar menghadapi cabaran selain menyuburkan suasana Islam dalam institusi keluarga dan masyarakat.

“Jadikan bulan Syawal ini permulaan baharu untuk kembali kepada fitrah dengan terus meningkatkan ketaatan kepada Allah dan mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI