fbpx
KEADAAN motosikal dinaiki mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Tekek-Juara di Pulau Tioman dekat Rompin semalam.

Tiga beranak maut motosikal terbabas ketika turun bukit di Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Hasrat tiga beranak menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri di Pulau Tioman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Tekek-Juara di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penunggang motosikal Mohd. Sabri Ja’afar,42, isterinya, Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anaknya Muhammad Yusuf Abdurrahman, 5.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Eqo Avantiz dalam perjalanan dari arah air terjun Kampung Juara menghala ke penginapan di Juara Mutiara Resort.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal dinaiki, mangsa telah hilang kawalan kemudian terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua pembonceng motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tekek,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal lokasi kejadian merupakan jalan curam berbukit dan tidak rata dan semasa kejadian jalan kering dengan keadaan cuaca baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN