fbpx
Tangkap layar gambar ruangan komen di media sosial berkenaan cuaca panas di kawasan utara hari ini.

Alor Setar sebelah matahari, lemang pun boleh masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna di media sosial berseloroh bandar raya Alor Setar seolah-olah berada berdekatan matahari berikutan cuaca panas yang melanda kawasan utara sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula hari ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna @Zarepan di aplikasi Threads yang memaklumkan kedudukan Alor Setar berada nombor dua dari matahari selepas planet Zuhrah.

“Untuk pengetahuan mereka yang baru sahaja tiba di Alor Setar, kedudukan Alor Setar adalah nombor dua daripada matahari selepas planet Utarid. Alor Setar adalah Zuhrah (planet),” selorohnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penduduk di utara berkongsi pengalaman merasai bahang yang disifatkan seperti berada di dalam ketuhar.

Sementara itu, seorang pengguna menganggap negeri jiran, Perlis sebenarnya jauh lebih panas hingga layak digelar sebagai ‘bintang’ atau matahari.

“Hangat lit-lit (sangat panas), pakat pecah peluhlah raya ini. Air lebih laku daripada ketupat esok,” kata Azlinawati_abdrahim.

“Letak sajalah lemang tepi jalan, petang nanti boleh makan terus,” seloroh pengguna yang lain.

“Yang mana esok pakai baju raya jenis kain tebal, jenuh peluh nanti,” kata Anyssnabilah pula.

Cuaca panas ketika ini menjadi perbualan hangat lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, sekali gus menuntut orang ramai supaya lebih berjaga-jaga dan menjaga tahap hidrasi badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI