fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial berkenaan teknik memasak nasi impit.

Teknik 5:30:7 jimatkan gas rebus nasi impit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian teknik memasak nasi impit 5:30:7 oleh seorang pengguna membuatkan orang ramai teruja untuk mencubanya menjelang perayaan esok hari.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, Zul01025, teknik ini didakwa mampu memasak nasi impit dengan sempurna dalam masa yang singkat sekali gus dapat menjimatkan penggunaan gas.

“Masukkan nasi impit ke dalam air mendidih dan rebus selama 5 minit dan matikan api dapur, tutup periuk dengan rapat. Biarkan nasi impit ‘terperangkap’ dalam wap yang panas selama 30 minit tanpa membuka penutup.

“Hidupkan semula api dan rebus selama 7 minit sebelum diangkat dan disejukkan,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai mencuba teknik ini dan mengakui keberkesanannya.

Seorang pengguna, Intanafidah, menyatakan rasa syukur kerana formula tersebut bukan sahaja menjimatkan gas, malah hasil nasi impitnya kelihatan cantik dan masak dengan sekata.

“Saya juga dah cuba, cantik kejadiannya. Betul-betul jimat gas,” katanya.

“Alhamdulillah saya dah masak cara ini malam tadi dan memang menjadi. Tidak perlu masak sampai berjam,” kata pengguna lain.

Selain teknik ini, ada juga yang berkongsi tentang kaedah menggunakan pressure cooker (periuk tekanan) bagi mereka yang mahukan hasil lebih cepat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI