fbpx
Tangkap layar gambar menerusi hantaran pengguna di media sosial menunjukkan kawasan di sekitar Shah Alam lenggang hari ini.

Semua Shah Aley sudah balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat bandar Shah Alam dilaporkan lenggang susulan ribuan warga kota mula meninggalkan bandar berkenaan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilitri yang bakal menjelang esok.

Menerusi hantaran pengguna di media sosial oleh @khai9.2889, penduduk tetap di kawasan itu menarik nafas lega melihat jalan raya di sekitar Seksyen 13 yang biasanya sesak setiap hari, kini lancar tanpa sebarang gangguan trafik.

“Akhirnya jadi Shah Alam, kalau selama ni dia Shah Aley,” seloroh pengguna Hironakamurasan.
Istilah ‘Shah Aley’ yang sering digunakan oleh warga kota sebagai gurauan menggambarkan situasi bandar raya itu di dominasi oleh warga dari Pantai Timur itu turut diakui oleh pengguna lain.

Seorang lagi pengguna berkata, dia bersetuju dengan perubahan tersebut dengan menyatakan rasa syukur kerana kawasan itu tidak lagi sesak seperti hari-hari sebelumnya.

Sementara itu, kawasan tumpuan utama seperti pusat membeli-belah di Shah Alam turut dilaporkan sunyi sehingga ada yang menyifatkan suasana tenang itu sebagai sesuatu yang sangat dirindui oleh penduduk setempat.

“Kami sayang dan cintakan Shah Alam,” katanya.

“Dah boleh buat joget ‘Jodoh Lebaran’ dekat tengah-tengah lampu isyarat tu tanpa gangguan,” seloroh Rizmarashid.

“Pergi Putra Heights pun kosong. Bagusnya nak jalan-jalan last minute (minit terakhir),” kongsi pula pengguna Jenaisparlezvous. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN