fbpx
Gambar hiasan

Lima ditahan dipercayai terlibat kes bunuh di Southkey, JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Lima lelaki warga asing yang melarikan diri ke Singapura berjaya diberkas selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di kawasan Southkey, di sini, pada 14 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kejadian berkenaan berlaku pukul 5 pagi dengan seorang mangsa berusia 32 tahun maut selepas diserang menggunakan senjata tajam oleh beberapa individu.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini akibat tikaman di bahagian leher.
Susulan kejadian tersebut, semua suspek dipercayai melarikan diri termasuk ke Singapura bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

“Pada pukul 12.15 pagi kelmarin, sepasukan anggota dari Bahagian D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjaya menahan seorang suspek ketika cuba melepasi pemeriksaan imigresen ke republik tersebut.

“Seterusnya pukul 6 petang semalam, empat lagi suspek berjaya ditahan dengan bantuan pihak polis Singapura selepas mereka melarikan diri ke republik berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama direman tujuh hari bermula 18 hingga 24 Mac, manakala empat lagi suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 26 Mac bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN