fbpx
Tangkap layar gambar mengenai keadaan lenggang di kawasan sekitar Wangsa Maju semalam. Kredit Zaharudeen dan _fatim4h

Wangsa Maju sudah jadi ‘bandar hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawasan Wangsa Maju yang biasanya sesak kini berubah menjadi sepi seolah-olah sebuah ‘pekan hantu’ susulan orang ramai telah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran di media sosial oleh @amrvlasrvf, dia merasakan bahawa seolah-olah hanya dirinya sahaja yang berada di kawasan tersebut.

“Wangsa Maju dah mula menjadi ‘ghost town’, masuk sahaja dekat pusat beli-belah rasa macam saya seorang sahaja dekat sini,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penduduk yang masih menetap di kawasan tersebut berkongsi gambar keadaan jalan raya yang lengang serta kawasan tempat letak kereta di sekitar pusat beli-belah yang kosong tidak berpenghuni.

Suasana yang lazimnya sesak dengan kenderaan kini bertukar damai sehingga ada yang berseloroh mengatakan mereka merasa seolah-olah menjadi pemilik tunggal kawasan tersebut.

“Malam raya boleh baring dekat jalan ni,” kata pengguna Noorsyafiqnoordin.

“Iya, aku sumpah sempat isi minyak kereta dan pam tayar tadi, selalu nak pergi kerja kena cepat-cepat,” kata seorang pengguna yang lain.

Dalam pada itu, ramai warga kota menyifatkan fenomena setahun sekali ini sebagai waktu paling tenang untuk memandu tanpa tekanan di kawasan yang biasanya menghadapi kesesakan luar biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN