fbpx
Mercun bola. - Gambar hiasan.

Remaja pecah gegendang telinga letupkan 20 biji mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan seorang remaja lelaki menggunakan 20 biji mercun bola bagi menghasilkan bunyi kuat mengundang padah apabila cedera parah termasuk gegendang telinga pecah dalam kejadian di Port Dickson.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis telah menerima laporan berkenaan kira-kira pukul 6.17 petang tadi membabitkan mangsa berusia 17 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 12 Mac lalu, kira-kira pukul 11 malam, di Bandar Springhill, Lukut.

“Mangsa bersama rakan-rakannya dipercayai telah menggunakan kira-kira 20 biji mercun jenis mercun bola dan mengubah suai bahan tersebut dengan menaburkan belerang ke dalam lubang tiang jaring sebelum memasukkan satu mercun bola bagi menghasilkan letupan yang lebih kuat.

“Semasa mangsa cuba menyalakan pemetik api, telah berlaku satu letupan kuat yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah, termasuk kecederaan pada jari dan tapak tangan, gegendang telinga pecah di kedua-dua belah, hidung patah serta luka-luka kecil di bahagian muka,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Alzafny, mangsa kinj dirawat di Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI