fbpx
PU Riz menegaskan individu paling tepat dalam mengingatkan tentang pemakaian mengikut syariat adalah ibu bapa.

‘Saya tegur tapi dia masih ada ibu bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Didakwa tidak menasihati ahli keluarga dalam isu aurat, pendakwah PU Riz menegaskan dia tidak boleh mengambil alih tanggungjawab pihak yang lebih layak untuk berbuat demikian.

PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, berkata, individu yang paling tepat dalam mengingatkan tentang pemakaian mengikut syariat adalah ibu bapa.

“Ada tak awak cakap dekat adik ipar awak tentang semua benda yang wajib diajar? Ada buat tak? Secara umum mungkin kita ada cakap tetapi (bukan) mendalam.

“Ikut normalnya atau adab dia ada ibu bapa. Kalau orang tegur adik saya, mungkin saya pun terasa walaupun adik saya tak sempurna. Tanggungjawab untuk bercakap lagi dan lagi itu bukan terletak pada suami kepada kakaknya (abang ipar).

“Secara umum apabila berlaku kemungkaran kena tegur tapi setiap orang ada binded (terikat), maksudnya yang betul-betul wajib (menegur), ahli rumah kita iaitu isteri, anak-anak,” katanya dalam sesi bersama program audio siar Sembang Seram.

Selain berkongsi insiden misteri yang pernah dialami ketika zaman belajar, PU Riz tidak ketinggalan mengulas pertanyaan hos mengenai komen orang ramai berkaitan keluarganya.

Suami kepada selebriti, Noor Neelofa itu mengakui sedar ramai netizen salah sangka yang dia seolah-olah hanya menegur orang luar.

“Kita tegur, kita cakap, kita tetap bagi peringatan tapi kena ingat, kata al-Quran, ‘jaga diri kamu dan ahli keluarga.’

“Setiap kali saya bercakap, orang akan kata ‘tegurlah keluarga kau dulu, kau pergi tengok cermin! Adakah saya diam? Tidak, saya tak diam.

“Siapa pun buat silap, apatah lagi ahli keluarga, kita tetap tegur tapi ada ke orang sampai tahap setiap hari telefon ipar dia (untuk menegur). Sedangkan sudah ada lapisan, mak ayah pun ada lagi,” ujarnya.

Menurut PU Riz lagi, isu menegur ahli keluarga bukan baharu malah netizen pernah bangkitkan dalam majlis ilmu.

“Saya pernah kena sampai orang tanya dalam majlis, ‘ustaz tak rasa malu ke? bagi ceramah tapi keluarga ustaz tak sempurna.’

“Saya jawab, bagaimana kita mengambil satu tanggungjawab menegur yang disuruh Allah? Betul, hadis berkata, ‘siapa yang nampak kemungkaran wajib cegah.’

“Kita cegah, kita tak biar dan kita cakap tetapi ada orang lain (yang sepatutnya menegur). Contohnya, takkan seorang pakcik nak menegur anak buahnya lebih berbanding bapa sendiri?” katanya.

Terdahulu selain Neelofa, PU Riz juga antara orang yang sering menjadi sasaran kritikan segelintir netizen terutama membabitkan isu berkaitan adik iparnya juga pempengaruh, Ameera Khan atau Little Miss Khan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN