fbpx
Donald Trump - AFP

Trump tuding jari pada Israel, tidak tahu kemudahan gas Iran diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuding jari ke arah Israel dengan mengatakan bahawa tentera Rejim Zionis bertanggungjawab menyerang kemudahan medan gas Iran, Pars Selatan.

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, Israel menyerang medan gas tersebut serta menegaskan bahawa AS ‘tidak tahu-menahu’ mengenai serangan itu.

“Tiada lagi serangan akan dilakukan oleh Israel ke atas medan gas Pars yang amat penting dan berharga ini, melainkan Iran secara tidak bijak memilih untuk menyerang pihak yang sama sekali tidak bersalah dan dalam kes ini, Qatar. 

“Jika ia berlaku, AS dengan atau tanpa persetujuan Israel, akan meletupkan seluruh medan gas Pars secara besaran-besaran dengan kekuatan dan kuasa yang Iran tidak pernah saksikan sebelum ini,” tulis Trump.

Susulan serangan itu, Iran bertindak balas dengan menyerang kemudahan tenaga di seluruh rantau Teluk semalam, dengan kemudahan gas utama Qatar di Ras Laffan menjadi sasaran.

“Kami sekali lagi memberi amaran bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dengan menyerang infrastruktur tenaga Republik Islam. 

“Jika ia berulang lagi, serangan lanjut ke atas infrastruktur tenaga dan sekutu anda tidak akan berhenti sehingga ia dimusnahkan sepenuhnya,” kata Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media Iran.

Medan Pars Selatan/Dome Utara merupakan rizab gas terbesar di dunia dan membekalkan kira-kira 70 peratus gas asli domestik Iran. 

Sementara itu, Ras Laffan yang terletak 80 kilometer di utara Doha, merupakan hab industri tenaga dan menempatkan beberapa syarikat antarabangsa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN