fbpx
ROB FRIEND

Harimau Malaya kekal fokus hadapi Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengurusan pasukan kebangsaan tetap menghormati keputusan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) walaupun hukuman pemotongan enam mata menyaksikan Harimau Malaya gagal layak ke Piala Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia NT, Rob Friend menjelaskan pihaknya mengambil maklum keputusan yang dikeluarkan AFC dan fokus pasukan kini adalah untuk melengkapkan pusingan kelayakan menentang Vietnam, 31 Mac ini.

“Kami menghormati proses peraturan pertandingan. Pada masa yang sama, perkara ini sedang diteliti melalui saluran perundangan yang sewajarnya.

“Sepanjang tempoh ini, keutamaan kami kekal jelas untuk menyokong para pemain dan kakitangan, serta memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik bagi mewakili Malaysia dengan profesionalisme, perpaduan dan kebanggaan.

“Tumpuan kami kini sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi perlawanan akan datang menentang Vietnam, di mana pasukan akan beraksi dengan keyakinan, ketahanan dan disiplin yang sama seperti yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2025,” katanya.

Pemotongan enam mata itu dibuat dimana Malaysia dianggap kalah 0-3 dalam aksi menentang Nepal dan perlawanan pertama bertemu Vietnam di Bukit Jalil, tahun lalu.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut dikenakan hukuman denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119).

Untuk rekod, sebelum ini Malaysia dipalit dengan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN