fbpx
Gambar Hiasan

Silap tanda ruangan punca belum terima bayaran balik lebihan cukai – LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat pembayar cukai individu menandakan ruangan ‘Cukai ditanggung oleh majikan’ secara tidak sengaja semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan media berkata, kesilapan itu menyebabkan mereka masih belum menerima bayaran balik lebihan cukai.

“HASiL (LHDN) telah melaksanakan semakan dan mengenal pasti kes yang terlibat. Bagi kes disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat,” kata kenyataan itu hari ini.

LHDN memaklumkan, pembayar cukai terbabit bagaimanapun tidak perlu mengemukakan pindaan BNCP Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan penandaan tersebut.

Menurut LHDN, sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan pembayar cukai dalam BNCP.

“Oleh itu, ketepatan maklumat yang diisikan adalah penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dilaksanakan dengan lancar dan tanpa sebarang kelewatan.

“HASiL komited untuk terus memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN