fbpx
Nik Muzani menerima replika kenderaan daripada Pengurus Besar Terberg, Jonathan Teo di Northport, Port Klang.

Northport terima 37 unit prime mover baharu dari Terberg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALINGN JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah menerima 37 unit prime mover baharu daripada Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (Terberg) menjadikan ini sebagai penyerahan bagi kumpulan ketiga daripada keseluruhan 71 unit yang diperoleh daripada Terberg.

Acara ini mencerminkan komitmen Northport dalam mengoptimumkan produktiviti terminal dan mengukuhkan lagi kebolehpercayaan perkhidmatan di seluruh operasinya sebagai sebahagian daripada inisiatif pemodenan dan pendigitalan terminal yang sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Nik Muzani Nik Abdul Aziz berkata, perolehan prime mover baharu ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti operasi syarikat sekali gus membolehkan syarikat untuk terus menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami.

Peralatan terminal baharu ini juga akan menyokong peningkatan kapasiti terminal kami serta menyumbang kepada pertumbuhan mampan dan pengembangan operasi pelabuhan pada masa hadapan.

“Jalinan kerjasama kami selama dua dekad bersama Northport telah dibina di atas
asas kepercayaan dan keyakinan yang kukuh.

“Penyerahan ini mencerminkan kekuatan kerjasama antara kedua-dua pihak, komitmen bersama terhadap kecemerlangan operasi serta keyakinan berterusan Northport terhadap sokongan Terberg.

“Kami berharap dapat terus mencapai lebih banyak kejayaan bersama serta
memperkukuh hubungan kerjasama bermakna ini untuk tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penyerahan prime mover tersebut telah diadakan di Dermaga 8A, dengan
kehadiran wakil daripada Northport dan Terberg.

Sebagai simbolik penyerahan, Pengurus Besar Terberg, Jonathan Teo telah menyerahkan replika kunci kepada Nik Muzani. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI