fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat nak oleh @Officialmohdfaeez di laman Threads.

KLIA2 sesak orang balik raya, kena datang 4 jam awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan supaya hadir lebih awal ke lapangan terbang berikutan keadaan yang semakin sesak bermula hari ini hingga Jumaat.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, @Officialmohdfaeez memaklumkan Terminal 1 dan Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini dipenuhi penumpang melebihi kebiasaan.

Menurutnya, situasi tersebut dijangka berterusan susulan peningkatan jumlah perantau yang pulang ke kampung masing-masing menjelang musim perayaan.

“Semua penumpang yang akan ‘fly’ hari ini hingga Jumaat, Terminal 1 dan 2 memang sesak ‘kaw-kaw’ daripada kebiasaan.

“Bagi penerbangan domestik, anda dinasihatkan datang lebih awal iaitu sekitar empat hingga lima jam bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Tambahnya, langkah tersebut penting bagi mengelakkan sebarang kesulitan seperti kelewatan daftar masuk atau kesesakan di kaunter keselamatan.

Dia turut menasihatkan penumpang, khususnya yang menggunakan penerbangan AirAsia agar lebih berwaspada dan membuat perancangan rapi sebelum ke lapangan terbang.

“Datang awal sekurang-kurangnya boleh ‘cover’ situasi terburuk dan urusan perjalanan jadi lebih lancar,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI