fbpx
MELETAKKAN kesihatan sebagai prioriti, Uyaina melarang tetamu yang hadir beraya mencium pipi anak ketiganya yang baru dilahirkan pada 30 Januari lalu.

Boleh pegang anak saya tapi jangan cium – Uyaina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meletakkan keselamatan dan kesihatan zuriat tersayang sebagai prioriti, pengacara serta pelakon, Uyaina Arshad melarang tetamu yang datang beraya daripada mencium pipi anak ketiganya itu.

Tidak kisah tindakan tersebut mengundang kritikan, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, hanya mahu memastikan bayinya yang dilahirkan pada 30 Januari itu terhindar daripada sebarang jangkitan kuman.

“Saya sangat jujur sebelum serahkan bayi kepada orang, saya akan cakap jangan cium, pegang boleh lagi.

“Tapi saya faham sesetengah orang bila dengar mesti cakap kenapa tak bagi cium, macam saya seorang ada anak.

“Bagi saya, pekakkan telinga saja sebab yang penting anak saya sihat. Kita semua tahu kalau cium pipi bayi baru lahir, boleh memberi jangkitan kepada bayi.

“Banyak dah kes berlaku. Jadi saya tak kisah pun kalau ada orang nak kata saya overprotective, kalau bukan mak ayah yang jaga budak itu siapa lagi kan?,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri, Uyaina dan suami, Raja Syahiran memilih untuk tidak terlalu aktif menziarahi rumah sanak saudara memandangkan keadaan anak mereka, Raja Uzayn yang masih kecil.

“Kali ini buat pertama kalinya kami ambil gambar keluarga di studio sebab tak tahu kejadian pagi raya nanti macam mana.

“Selama ini rutin saya dengan Syahiran dan keluarga mentua adalah pergi solat Aidilfitri di masjid dulu. Balik baru bersiap, salam raya dan pergi menziarah.

“Tahun ini mungkin sedikit lain sebab ada bayi kecil, jadi tak nak terlalu keluar sangat. Tapi tak adalah juga menyekat ada ahli keluarga nak datang,” katanya lagi.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.

Selain Raja Uzayn, pasangan itu dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI