BEBERAPA hari sahaja lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang sememangnya cukup dinanti-nantikan semua umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Di saat ramai sibuk membuat persiapan terakhir menjelang Syawal, seorang gadis tampil membawa mesej keyakinan diri dan keterangkuman fesyen menerusi platform media sosial. Puteri Nurul Barizah Rizuan yang popular di platform TikTok mencuri perhatian ramai apabila menghasilkan siri kandungan khas Aidilfitri berjudul ‘Ba’s Raya Fitting Room’ yang menampilkan dirinya mencuba pelbagai rekaan baju raya daripada jenama tempatan Malaysia. Menariknya,……














