fbpx
SEBAHAGIAN daripada penyokong yang membuat bantahan secara aman di depan Wisma FAM dan pejabat MFL, pagi tadi.

Peminat turun ke jalanan luah bantahan kepada MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan penyokong bola sepak tempatan berkumpul secara aman di depan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menzahirkan bantahan berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.

Kumpulan penyokong berkenaan dikatakan mula berkumpul pada jam 10 pagi dan turut membawa beberapa sepanduk atau kain rentang yang ditujukan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Kami ke Wisma FAM hari ini untuk membuat bantahan secara aman berkaitan dengan isu tujuh pemain warisan yang menggunakan dokumen palsu yang mana ia disahkan oleh FIFA. Tindakan MFL mengesahkan hukuman terhadap pemain itu menunjukkan MFL akur dengan keputusan FIFA iaitu pemain terbabit bukan warga Malaysia yang sah.

“Bagaimanapun MFL mengambil keputusan untuk mengabaikan peraturan serta tidak menghormati keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai isu ini.

“Sebagai penyokong kami cuba mendesak sebaik mungkin, harap dengan titik permulaan kami akan diikuti kelab penyokong yang lain bagi terus mendesak dan sehingga perkara ini diselsaikan.

“Mungkin selepas Aidilfitri kalau tiada tindakan daripada FAM dan MFL, kami akan cuba buat yang lagi besar,” kata Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Selangor FC, Mohamad Hairy Ibrahim

Sebelum ini, wujud rasa tidak puas hati terhadap MFL yang mengesahkan status empat pemain warisan Harimau Malaya sebagai tempatan.

Terdahulu, MFL mengesahkan bahawa pendaftaran tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan seorang pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero sebagai pemain tempatan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Liga M 2025-26. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN