fbpx
Penerima sumbangan Salam Prihatin 4.0, bersama jawatankuasa PERKEMP, ahli kepimpinan kanan AEON Bank dan AEON BiG, dan sukarelawan AEON Bank.

AEON Bank santuni keterangkuman kewangan dan tawar ganjaran Ramadan Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berlandaskan keindahan amal budi dan pentingnya berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini, AEON Bank, bank digital Islamik pertama Malaysia membawakan kempen Ramadan dan Syawal bertema ‘Niat di Hati, Budi Terpateri’.

Kempen tersebut bertunjangkan rukun bahawa niat yang baik, apabila dizahirkan menerusi amal budi pastinya mencetuskan manfaat yang amat bermakna. Tema ini jelas dipaparkan menerusi video Ramadan Aidilfitri 2026 yang diterbitkan sendiri oleh pasukan AEON Bank.

Video tersebut boleh ditonton di saluran rasmi YouTube AEON Bank.

Niat demi memperkasakan masyarakat: Salam Prihatin 4.0

Sebagai sebahagian daripada komitmen ke arah Penciptaan Nilai Bersama, AEON Bank meneruskan inisiatif santuni impak komunitinya, iaitu Salam Prihatin.

Aktiviti tahun ini diadakan pada 3 Mac 2026, dengan kerjasama AEON BiG Wangsa Maju dan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP).

Pada tahun ini, Salam Prihatin telah membantu membantu 100 isi rumah, melibatkan jumlah keseluruhan 400 penerima sumbangan yang menghuni komuniti Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Mendorong keterangkuman kewangan

Dalam usaha menggalakkan keterangkuman kewangan dalam kalangan masyarakat setempat, keluarga penerima sumbangan diberi panduan oleh pasukan AEON Bank tentang perancangan bajet untuk mengoptimumkan pembelian barang dapur dan keperluan asas.

Ia dibuat berdasarkan keperluan keluarga masing-masing – sama ada isi rumah yang berbilang generasi, atau keluarga dengan anak-anak kecil atau mereka yang perlu menjaga orang kelainan upaya.

Setiap keluarga menerima sumbangan menerima peruntukan bajet sebanyak RM300, menggenapkan sumbangan AEON Bank pada tahun ini kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.

Dalam membantu keluarga penerima sumbangan membeli barang dapur dan keperluan asas pada hari tersebut, lebih daripada 50 kakitangan AEON Bank, termasuk kepimpinan kanan Bank, telah ditugaskan untuk membantu mereka sepanjang aktiviti membeli-belah.

Salam Prihatin kini telah memasuki tahun keempat dan sehingga ini, AEON Bank telah membantu hampir 2,000 penerima sumbangan sepanjang tempoh 4 tahun, di bawah inisiatif impak komuniti Salam Prihatin.

Niat ke arah celik Ringgit: Simpanan bijak dan ganjaran bernilai

Dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup yang kian meningkat, AEON Bank telah memperkenalkan perisian kewangan dalam aplikasi perbankan digitalnya, di samping memberikan ganjaran bermakna kepada para pelanggan, termasuk:

(i) Neko Sensei: Penasihat kewangan dalam aplikasi AEON Bank yang direka khas untuk membantu pelanggan menjejaki dan menguruskan bajet kewangan masing-masing dengan bijak.

 

(ii) Pulangan Tunai Raya RM30: Pelanggan boleh meraih pulangan tunai bernilai RM30 apabila membayar menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di kedai-kedai yang menyertai kempen MyDebit, sah dari 1 Februari hingga 15 April 2026.

(iii) Kadar Kompetitif bagi Savings Pot AEON Bank: Nikmati kadar keuntungan 3.00% setahun bagi Savings Pot AEON Bank dan deraskan pencapaian matlamat kewangan, sah sehingga 31 Mei 2026.

(iv) Pembiayaan Peribadi-i (PF-i): Pilihan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM100,000 dengan kadar keuntungan bermula daripada 3.88% setahun dan tempoh fleksibel dari 3 hingga 84 bulan.

Proses permohonan PF-i dilaksanakan sepenuhnya di dalam talian menerusi aplikasi AEON Bank, dan disediakan untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan kasar minimum RM2,500 termasuk kakitangan bergaji, individu bekerja sendiri, pekerja bebas dan pekerja ekonomi gig.

(v) Neko Missions : Pengalaman gamifikasi perbankan digital yang menawarkan pulangan tunai RM5 untuk transaksi DuitNow QR menerusi aplikasi AEON Bank, sah sehingga 15 Mei 2026.

(vi) JomPay : Pelanggan juga boleh melaksanakan transaksi JomPay seperti pembayaran bil telekomunikasi dan utiliti menerusi aplikasi AEON Bank, lantas memenuhi segala keperluan kewangan pelanggan dalam satu aplikasi.

(vii) Inklusiviti dan Fleksibiliti : Berkuat kuasa 17 Mac 2026, AEON Bank akan memansuhkan keperluan baki minimum, justeru memastikan bahawa perbankan digital patuh Syariah lebih terangkum dan dimanfaatkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Niat menunaikan kewajipan agama: Pembayaran zakat yang sah dan mudah menerusi aplikasi AEON Bank

Selain itu, bermula Ramadan tahun ini, ciri pembayaran zakat kini tersedia di aplikasi AEON Bank.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, pelanggan boleh membayar 11 jenis Zakat dengan Akad yang sah, termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas dan banyak lagi.

Ciri tersebut dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan Tulus Digital, membolehkan pembayaran dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor dan PPZ-MAIWP. Lebih banyak negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan zakat akan ditambah tidak lama lagi.

Niat ke arah merapatkan perbankan digital dengan khalayak umum: Keunikan O2O

Melangkaui paparan skrin digital, sepanjang tempoh empat minggu Ramadan ini, AEON Bank membawakan keunikan O2O (Online to Offline – dari dalam talian ke luar talian) kepada pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 dan 23, Shah Alam, dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor (PPPKMNS).

Orang ramai berpeluang memenangi barangan rasmi AEON Bank dan hadiah menarik di Bazar Ramadan Seksyen 2 dan 23, Shah Alam.

Perbankan Yang Lebih Dinamik – Digital & Patuh Syariah (Better Banking – The Digital Way, Better Banking – The Shariah Way)

Sebagai bank digital natif awan, AEON Bank komited dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, demi memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka untuk mencapai ketidakbersandaran ekonomi, serta memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif.

AEON Bank akan terus menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Klik SINI untuk mengunjungi laman web AEON Bank dan memuat turun aplikasi AEON Bank dengan mengimbas kod QR di bawah. Di samping itu, tonton video Ramadan Aidilfitri 2026 AEON Bank di saluran YouTube Rasmi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN