fbpx
Ahmad Maslan (tengah) ketika meninjau kesiapan fizikal SMK Kota Warisan, Sepang hari ini.

SMK Kota Warisan mula beroperasi Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Isu kepadatan murid di daerah ini akan berakhir apabila sebuah lagi sekolah kini hampir siap dibina dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan yang dibina dengan kos RM55.8 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 21 April ini.

“Buat masa ini, kemajuan projek itu mencapai tahap 99 peratus merangkumi pembinaan 42 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain mengikut piawaian yang ditetapkan.

“SMK Kota Warisan boleh menempatkan seramai 1,260 murid. Buat permulaan, seramai 900 murid akan ditempatkan di sekolah ini masing-masing dari SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan SMK Seri Sepang,” katanya ketika meninjau sekolah itu hari ini.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor juga sedang melaksanakan 80 projek dengan kos RM682.88 juta merangkumi 53 projek pembinaan sekolah berkepadatan tinggi IBS, dewan serbaguna terbuka berbumbung, sekolah daif dan bangunan prasekolah.

Ahmad berkata, JKR Selangor berjaya menyerahkan 122 projek dengan kos keseluruhan berjumlah RM 84.23 juta sepanjang tahun lalu.

Secara keseluruhannya, jabatan tersebut melaksanakan sebanyak 1,492 projek di seluruh negara dengan peruntukan RM 37.98 bilion.

“Sebanyak 771 projek dalam peringkat prabina dan 721 projek di peringkat pasca bina,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan terus komited memantau prestasi kemajuan projek pembinaan sekolah di seluruh negara mengikut masa yang ditetapkan demi manfaat anak-anak bangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI