fbpx
SESKO dan Cunha masing-masing meledak gol ketika United berjaya menewaskan Villa di laman sendiri kelmarin. - AFP

EPL: Kedudukan United makin kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Michael Carrick mengakui pasukan itu tidak mampu untuk kehilangan khidmat kapten mereka, Bruno Fernandes pada musim panas nanti ketika spekulasi masa depannya di Old Trafford hangat diperkatakan.

Dalam sebuah temu bual dengan media Portugal pada Disember lalu, Fernandes memberi bayangan bahawa mungkin akan meninggalkan United pada musim panas nanti ketika kontraknya berbaki semusim sahaja lagi.

Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi apabila Al-Hilal sedia menawarkan yuran perpindahan yang lumayan untuk memujuk United melepaskannya selain Fernandes juga bakal diberikan kontrak mewah.

“Bruno bukanlah pemain yang kami sanggup lepaskan ketika ini. Dia adalah pemain yang sangat penting buat pasukan dan kami tidak boleh kehilangannya.

“Saya boleh katakan sebegitu ketika ini berdasarkan prestasi dan sumbangannya kepada pasukan ini. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai sepenuh kuasa untuk menentukannya dan hanya mampu berharap dia akan kekal,” kata Carrick.

Fernandes sekali lagi mempamerkan persembahan cemerlang apabila mencipta dua umpanan gol ketika membantu United membenam Aston Villa di Old Trafford kelmarin sekali gus mengumpul 16 bantuan jaringan musim ini.

Rekod berkenaan menyaksikan dia memintas pencapaian yang dilakukan legenda United, David Beckham yang melakukan 15 umpanan gol ketika mengharungi musim 1999/2000

“Saya lebih bangga dan gembira dapat membantu rakan-rakan menjaringkan gol. Ia pencapaian besar untuk saya, tetapi fokus pencapaian kami adalah untuk berada di kedudukan lebih baik pada hujung musim,” jelas Fernandes.

Pada aksi tersebut, United meraih jaringan menerusi Casemiro, Matheus Cunha dan Benjamin Sesko, manakala Villa mendapat gol sagu hati menerusi Ross Barkley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN