MANILA – Tiga nelayan Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf lebih setahun lepas telah diselamatkan di selatan Filipina, semalam.
Menurut polis, mereka ialah antara empat kru kapal yang diculik oleh kumpulan militan itu ketika sedang berlayar pada Januari 2020.
Sepanjang tempoh penculikan, mereka ditahan di wilayah Sulu di selatan Filipina dengan tiga daripadanya telah dibebaskan dan seorang disahkan mati.
Menurut seorang polis, Leftenan Jeneral Guillermo Eleazar, pada semalam, tiga tebusan tersebut dan salah seorang penculik ditemui di pantai berhampiran dengan wilayah Tawi-Tawi selepas bot yang dinaiki terbalik dalam cuaca buruk.
“Tebusan keempat bagaimanapun hilang, manakala empat orang militan yang menaiki bot berlainan turut hilang ekoran angin kencang dan ombak tinggi.
“Operasi mencari sedang dijalankan bagi mengenalpasti mangsa terlibat serta ahli keluarga mereka,” jelas Eleazar. – AFP






