fbpx
Lokasi seorang lelaki maut ditembak ketika cuba merompak sebuah kedai emas di Petaling Jaya pagi tadi.

Tukang kasut terkejut bunyi tembakan, rupanya ada rompakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang tukang kasut terkejut apabila terdengar bunyi tembakan dari sebuah kedai emas berhampiran premis perniagaannya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.55 hingga 11 pagi tadi.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anwar, 72, berkata, ini merupakan kejadian pertama yang disaksikannya selepas lebih 10 tahun menjalankan perniagaan membaiki kasut di kawasan tersebut,

Katanya, pada mulanya dia menyangka bunyi yang didengari adalah pergaduhan biasa.

“Ketika kejadian tiada pelanggan atau orang awam di sekitar kawasan. Mula-mula saya dengar macam bunyi orang bergaduh.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan. Saya terus pergi ke tempat kejadian dan suruh pengawal keselamatan hubungi polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, dia turut melihat suspek cedera di bahagian kaki sebelum pengawal keselamatan memaklumkan bahawa pihak polis telah dihubungi.

“Saya nampak tembakan itu terkena pada kaki suspek. Pengawal keselamatan beritahu dia sudah hubungi polis.

“Saya tidak nampak muka pelaku kerana dia memakai topi keledar semasa kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki yang bersenjata objek tajam, cedera parah selepas ditembak ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di Petaling Jaya, pagi tadi.

Kejadian pukul 11 pagi, ketika suspek yang dipercayai menaiki sebuah motosikal dilaporkan datang ke kedai emas berkenaan yang baru dibuka dan tiada pelanggan.

Ketika kejadian, suspek dipercayai bergelut dengan seorang pengawal keselamatan sebelum seorang lagi pengawal keselamatan lain yang menyedari rakannya dicederakan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek.

Suspek yang cedera parah kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI