fbpx
Wan Norizan ketika sidang media kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia WPKL menyita sejumlah kenderaan tidak berkastam dan cubaan penyeludupan minuman keras serta aktiviti pembototan haram dengan nilai termasuk duti RM5,195,778.08. Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Kastam rampas 13 kereta import bernilai RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) berjaya mematahkan sindiket kenderaan import tidak berkastam, cubaan menyeludup minuman keras dan aktiviti pembotolan haram di Lembah Klang baru-baru ini.

Pengarah JKDM KL, Wan Norizan Wan Daud berkata, pihaknya merampas sebanyak 13 buah kenderaan import bernilai lebih RM4 juta termasuk cukai dalam Ops Terma yang dijalankan pada 5 Januari hingga 6 Februari lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan itu disimpan melebihi tempoh penyimpanan dibenarkan iaitu 48 bulan di gudang berlesen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 65(2) dan 65(5) Akta Kastam 1967.

“Nilai kenderaan yang disita adalah RM1,740,400 dengan anggaran duti dan cukai import sebanyak RM2,866,259.69. Kita sedang mengesan syarikat atau ejen pengimport yang terlibat untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Norizan berkata, pihaknya turut menahan sebuah kontena mengandungi minuman keras pelbagai jenama di Pelabuhan Klang melalui Ops Petasan pada 11 Februari lalu.

“Pemeriksaan ke atas kontena itu menjumpai 4,552.52 liter minuman keras. Nilai rampasan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM380,524.16,” katanya.

Modus operandi sindiket adalah dengan membuat ikrar palsu dalam borang kastam menyatakan barangan itu sebagai ‘household’ bagi mengelakkan keperluan permit import dan bayaran cukai semasa pengimportan. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Selain itu, pada 6 Februari lalu, bertindak atas maklumat awam, JKDM KL berjaya mematahkan sindiket pemprosesan dan pembotolan bir pelbagai jenama secara haram dalam serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

“Pemeriksaan menemui peralatan pemprosesan dan pembotolan. Turut ditemui minuman keras pelbagai jenama disyaki tak berkastam sebanyak 703.3 liter dengan nilai dan cukai berjumlah RM208,594.24,” katanya.

Tambahnya, sindiket menjadikan premis di kawasan pedalaman sebagai lokasi untuk memproses minuman keras tiruan bagi mengaburi pihak berkuasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 74(1)(f)Akta Eksais 1976.-
KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI