fbpx
Kawasan parkir di pasar borong terbabit.

Terkejut caj parking RM183 di Pasar Borong Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan seorang pengguna dikenakan caj parkir sebanyak RM183 di Pasar Borong Melaka yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pihaknya sedia maklum dan masih menunggu penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kejadian tersebut.

Jelasnya, Pasar Borong Melaka berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan agensi itu.

“Saya sudah semak dengan MPHTJ dan difahamkan mereka sedang meneliti kes ini untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

“Sekiranya didapati berlaku kesilapan daripada pihak pengendali sistem parkir, sudah tentu wang tersebut akan dipulangkan semula kepada individu yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Glam Bazar Ramadan Klebang yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di Klebang, malam tadi.

Terdahalu, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa terkejut dikenakan caj parkir sebanyak RM183.38 di Pasar Borong Melaka pada Sabtu lalu.

Wanita berkenaan mendakwa pada mulanya menggunakan kad bank milik suaminya untuk keluar dari parkir, namun sistem memaparkan caj RM2.12 sebelum bertukar kepada status ‘invalid’.

Kongsinya, selepas diminta kakitangan parkir menggunakan kad lain, dia menggunakan kad miliknya sebelum sistem memaparkan caj RM183.38 yang kemudiannya ditolak daripada akaun bank.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN