fbpx
KHAI XING dan Aaron hampir dipisahkan sebelum ini ekoran isu prestasi sebelum mereka mencipta kebangkitan pada siri jelajah Eropah.

Khai Xing-Aaron lerai keraguan Herry Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui gembira terhadap peningkatan prestasi mendadak yang dipamerkan gandingan muda, Kang Khai Xing-Aaron Tai sepanjang siri jelajah Eropah, baru-baru ini.

Herry menyifatkan kematangan serta aksi luar biasa dalam dua kejohanan berturut-turut telah menjawab segala keraguannya yang sebelum ini pernah membayangkan untuk memisahkan gandingan ranking No. 27 dunia tersebut.

Kemuncak prestasi Khai Xing-Aaron adalah apabila mereka melakar kejutan besar menumbangkan pasangan No. 4 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan pertama All England dalam penampilan sulung mereka di kejohanan berprestij itu.

Momentum positif tersebut diteruskan di Terbuka Switzerland apabila mereka mengekalkan konsistensi dengan melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.

“Dengan pencapaian ini, mereka berjaya menjawab segala keraguan saya, khususnya Khai Xing yang menunjukkan peningkatan ketara dalam mengikuti segala strategi yang direncanakan.

“Saya amat bangga dan perlu menilai semula pencapaian mereka. All England adalah kejohanan tahap tinggi dan bukan mudah untuk menewaskan gandingan India itu, malah pemain senior juga bergelut untuk berbuat demikian, tetapi mereka berjaya melakukannya,” kata Herry.

Menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, apa yang lebih membanggakan adalah sikap konsisten gandingan muda tersebut apabila turut berjaya menewaskan pasangan yang lebih senior pada saingan di Switzerland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN