ISU tentang Nonny Nadirah kerap memuat naik konten aneh dalam media sosial bukan perkara asing.
Adakalanya hanya memakai pakaian dalam tetapi memberi sokongan terhadap rakyat di bumi Palestin. Konteksnya murni tetapi caranya salah.
Baru-baru ini dia muncul lagi berkongsi video dengan konten pelik yang pening juga kepala Diva nak faham tetapi isinya adalah mengenai perjalanan karier dan pembebasan Palestin.
Makin rumit juga kehidupan selepas tengok video Nonny. Diva pun tak tahu nak cakap apa tetapi harap ada pihak yang boleh mengawal dia.
Risau semakin teruk dan bukan-bukan pula konten dia kongsi. Merapu saja. Ramai juga yang nasihatkan Nonny supaya dapatkan rawatan, cuma entahlah. Diva tengok semua perkongsian dalam Instagramnya telah dipadam tak pun diarkibkan. Eloklah. Cuma ada sekeping gambar yang dibiarka jadi ‘port’ netizen turunkan komen. Dia nampaknya semakin aktif dalam TikTok. Tapi itu sahajalah cara Nonny cari makan agaknya. Semoga dia kembali pulih.
Cuma sampai sekarang Diva masih tertanya-tanya, apa punca Nonny jadi begitu, sebab putus cinta ke?
DIVA: Kalau hamil kongsi saja, tak perlu tanya diaju soalan sama banyak kali.














