fbpx
SEKEPING nota kecil berwarna kuning yang diberikan seorang ibu kepada Mohd. Najib selepas solat tarawih di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam.

Imam tarawih terharu terima ‘nota kuning’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pengalaman lebih sedekad menjadi imam solat tarawih di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam di sini memberi kenangan bermakna buat seorang imam apabila menerima nota kecil daripada seorang wanita baru-baru ini.

Mohd. Najib Khasim, 50, berkata, sepanjang 13 tahun memimpin solat tarawih di masjid dikenali sebagai Masjid Airport itu, Ramadan yang dilalui biasanya hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Namun, Ramadan kali ini berbeza apabila seorang ibu menyerahkan sekeping nota kecil berwarna kuning kepadanya selepas selesai tarawih.
Menurutnya, sebelum ini dia sering terfikir sama ada ‘dakwah’ kecil yang dilakukan seperti membaca al-Quran dan menyampaikan tazkirah ringkas benar-benar memberi kesan kepada jemaah atau sebaliknya.

“Kadang-kadang terlintas juga di hati, adakah apa yang kita lakukan ini menyentuh sesiapa,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Namun katanya, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila dia membaca kandungan nota yang diberikan wanita terbabit yang berkongsi mengenai perubahan sikap anaknya terhadap masjid.

Sebelum ini anak wanita tersebut hanya datang ke masjid sekadar untuk mengumpul duit raya, namun perbuatannya itu akhirnya menjadi ikhlas.

Dia berharap dapat istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai imam dan mendoakan agar generasi muda membesar dengan kecintaan terhadap masjid dan kitab suci al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN